Lindungi diri daripada jerebu

Lindungi diri daripada jerebu

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Walaupun jerebu yang melanda Negara Brunei Darussalam berada pada tahap sederhana, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah melindungi diri daripada kesan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, kementerian itu mengingatkan orang ramai supaya menghindari daripada berada di luar serta rumah untuk tempoh masa yang panjang, mengurangkan aktiviti luar, mengamalkan kebersihan diri yang baik sepanjang masa seperti membasuh muka dan tangan apabila masuk ke rumah.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk minum banyak air, memakai krim pelembab untuk kulit kering dan menggunakan ‘preservative-free eye drops’ untuk mengelak iritasi mata.

Jika ada simptom seperti demam, alergik dan susah bernafas, orang ramai dinasihatkan mendapatkan rawatan perubatan di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan.

Walau bagaimanapun, jika terdapat tanda-tanda seperti demam selsema berpanjangan, alahan dan kesukaran bernafas, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan Indeks Pencemaran Udara (PSI) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (www.env.gov.bn) dan mengikut nasihat kesihatan semasa menghadapi jerebu seperti berikut:

Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan akibat jerebu dan akan memberikan maklumat kepada orang ramai dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut mengenai kesihatan boleh diperolehi dengan menghubungi Healthline di talian 145 atau dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA