Lindungi kawasan kampung

Lindungi kawasan kampung

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Dalam usaha untuk sentiasa menjaga keamanan kampung, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Limau Manis dan Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Panchor Murai, semalam, telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah di seluruh kawasan di bawah Mukim Pengkalan Batu.

Mengetuai rondaan berkenaan ialah Pemangku Pegawai Menguasa Balai Polis Limau Manis, Insp Haji Awang Mohd Shamsul Bahreen bin Mejar (B) Haji Awang Abu Bakar.

Turut serta dalam rondaan tersebut ialah Ketua Kampung Panchor Murai, Haji Matassan bin Haji Salleh, ahli PK Kampung Panchor Murai, anggota Balai Polis Limau Manis dan Daerah Polis Brunei Muara.

Rondaan yang bermula dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam itu dijalankan dengan membuat rondaan menggunakan kenderaan polis dan membuat pemantauan semasa anggota Balai Polis Limau Manis membuat sekatan jalan raya.

Walau bagaimanapun tiada sebarang kegiatan yang melibatkan jenayah sepanjang rondaan dijalankan.

Gambar ramai anggota Balai Polis Limau Manis dan Pengawas Kejiranan (PK) Kampung Panchor Murai.
Gambar ramai anggota Balai Polis Limau Manis dan Pengawas Kejiranan (PK) Kampung Panchor Murai.