Lindungi komputer dengan Panda Security

Lindungi komputer dengan Panda Security

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Dalam dunia yang serba moden, pelbagai maklumat disimpan bukan sahaja di dalam komputer dan peranti pintar tetapi juga di dalam telefon bimbit yang mungkin terancam oleh pelbagai jenis virus.

Sehubungan itu, Concepts Computer memperkenalkan barisan produk penyelesaian sekuriti dari PANDA Security iaitu PANDA Anti-Virus Pro 2016, PANDA Internet Security 2016 dan PANDA Global Protection 2016 yang kini boleh diperoleh di Cawangan Concepts Computer, Kiulap.

Setiap perisian sekuriti dari PANDA Security itu mempunyai kebolehan dan kelebihan tersendiri bagi memenuhi keperluan setiap kumpulan pengguna di mana PANDA menyediakan salah satu perisian sekuriti yang komprehensif dan terselamat bagi barisan pengguna yang mempunyai pelbagai keperluan termasuk bagi kegunaan korporat atau rumah.

Produk PANDA Anti-Virus Pro 2016 merupakan perisian yang paling mudah dan sesuai bagi melindungi komputer seseorang di mana dengan memasang perisian itu, mereka boleh melayari laman sesawang atau mengongsi gambar atau pesanan dengan rakan-rakan mereka dengan selamat.

Vincent Pao bergambar ramai bersama rakan perniagaan dan kakitangan Concepts Computer pada pelancaran barisan produk, PANDA Security Solutions terkini.
Vincent Pao bergambar ramai bersama rakan perniagaan dan kakitangan Concepts Computer pada pelancaran barisan produk, PANDA Security Solutions terkini.
Zul ketika menerangkan ciri-ciri terkini produk PANDA Security Solutions.
Zul ketika menerangkan ciri-ciri terkini produk PANDA Security Solutions.

PANDA Anti-Virus Pro 2016 boleh diperoleh dengan harga berpatutan iaitu dengan lesen penggunaan bagi tempoh setahun untuk satu komputer.

Manakala itu, PANDA Internet Security 2016 yang boleh didapati untuk tempoh lesen setahun bagi satu komputer, memberikan perlindungan bagi pengguna untuk melayari Internet serta membuat pembelian atas talian dan perbankan atas talian dengan langkah yang lebih selamat.

Bagi mereka yang menghendaki perlindungan menyeluruh, PANDA Global Protection 2016 merupakan produk perisian sekuriti pilihan mereka yang boleh diperoleh untuk tempoh lesen setahun bagi satu komputer memberikan perlindungan menyeluruh dari semua ancaman dalam talian dan mempunyai pelbagai ciri keselamatan yang berguna bagi ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka melayari internet dengan selamat.

Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao berkata bahawa syarikatnya terus berusaha untuk menawarkan produk sekuriti yang terbaik bagi pengguna-pengguna tempatan. Beliau menambah bahawa pengguna pada masa ini sentiasa menekankan isu keselamatan ketika melayari Internet atau menggunakan perkhidmatan dalam talian dan produk terkini yang ditawarkan oleh syarikat ini diharap akan dapat memenuhi keperluan para pengguna.

Manakala itu, Eksekutif Pemasaran, Awang Zul Abdul Rahman menyatakan bahawa Concepts Computer akan terus menawarkan produk yang berkualiti tinggi dengan nilai untuk wang di mana barisan produk, PANDA Security Solutions, memberikan lebih nilai untuk wang para pengguna tanpa mengkompromikan sekuriti peralatan mereka.

Concepts Computer juga akan mengambil bahagian dalam TechExpo 2015 yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas bermula 22 Oktober ini di mana orang ramai boleh mengunjungi petak pameran Concepts yang akan menawarkan pelbagai tawaran istimewa sepanjang ekspo berkenaan.