Linktech sumbang CCTV

Linktech sumbang CCTV

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 13 Nov – Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria, hari ini, telah menerima sumbangan Televisyen Litar Tertutup (CCTV) daripada Syarikat Linktech Sdn Bhd yang terus memasangnya di rumah berkenaan.

Penolong Pengarah syarikat itu, Sally Voon, memberitahu Media Permata, sumbangan berkenaan dihasratkan untuk memastikan keselamatan penghuni-penghuni rumah tersebut yang terdiri daripada warga emas.

Menurutnya, CCTV jenama AHP Camera yang berdefinisi tinggi merupakan produk terkini rekaan syarikat itu sendiri, dan baru diperkenalkan beberapa bulan lalu di pasaran negara ini.

Kamera AHP, mempunyai kelebihan yang lebih baik berbanding produk CCTV sebelum ini, kerana ia boleh menayangkan gambar lebih jelas, skop gambaran luar kawasan lebih luas dan istimewanya ia boleh dihubungkan terus kepada telefon pintar pengguna yang mempunyai WiFi di rumah mereka.

Pemasangan CCTV di Rumah Orang-orang Tua itu adalah untuk merakam kawasan masuk utama, kawasan dapur dan bilik-bilik penghuni rumah tersebut.

Sally Voon bersama Pengerusi Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria’ Awang David Teo dan ahli komiti rumah tersebut Awang Loo Soon Nin.
Sally Voon bersama Pengerusi Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria’ Awang David Teo dan ahli komiti rumah tersebut Awang Loo Soon Nin.
Perkhidmatan gunting rambut percuma kepada warga emas sumbangan daripada Cityhari Studio.
Perkhidmatan gunting rambut percuma kepada warga emas sumbangan daripada Cityhari Studio.

Menyertai sama rombongan dari Syarikat Linktech ialah kakitangan Cityhair Studio yang memberikan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada penghuni warga emas, selain pemilik Cityhair Studio Dayang Fion Wong dan tukang guntingnya Dayang Peggie Kiew.

Kunjungan berkenaan turut menyumbangkan hidangan makan tengah hari daripada Restoran Sentral Kitchen dan Katering. Rombongan tersebut turut menghulurkan sumbangan berupa makanan asasi bagi keperluan penghuni di rumah tersebut.

Hadir menyaksikan penyampaian sumbangan dan pemasangan CCTV berkenaan ialah Pengerusi Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria, Awang David Teo, dan ahli komiti rumah tersebut Loo Soon Nin serta kakitangan sukarelawan lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA