Lipas pemangsa ditemui dalam ambar era dinosaur

Lipas pemangsa ditemui dalam ambar era dinosaur

STUTTGART, 26 Mei (dpa) – Para ahli sains telah menemui lipas pemangsa yang sebelum ini tidak dikenali, terperangkap di dalam ambar berusia 100 juta tahun di Myanmar dan telah memahami gaya hidupnya hanya dengan melihatnya.

Guenter Bechly dari Jerman dan Peter Vrsansky dari Slovakia berkata keluarga lipas baru itu, Manipulator modificaputis, ‘berbeza daripada semua fosil dan lipas sekarang yang diketahui’.

‘Penyesuaian unik’ haiwan kecil ini seperti kepala yang begitu panjang dan boleh kerap digerakkan dengan leher panjang menunjukkan haiwan ini adalah pemangsa memburu, menurut para ahli sains.

Itu membezakannya daripada kumpulannya yang berkaitan, yang hanya menanti buruannya.

“Ketiadaan spina pada kaki yang berjalan menunjukkan bahawa spesies ini adalah pelari aktif,” tambah mereka, dengan menyatakan bahawa haiwan bermata besar dan berwarna yang kira-kira 1 sentimeter panjang ini menunjukkan ia memburu serangga lain pada waktu malam.

Lipas pemangsa yang ditemui dalam ambar. – Agensi
Lipas pemangsa yang ditemui dalam ambar. – Agensi

Spesimen, dalam ambar Upper Cretaceous, telah diambil dari sebuah kuari dan dihuraikan dalam jurnal saintifik Bratislava, Geologica Carpathica.

Para ahli sains baru-baru ini menemui bukti paling lama tentang penjagaan anak-anak serangga ini dalam batu ambar Myanmar.   Gambar dari sejarah Bumi kira-kira 100 juta tahun lalu menunjukkan serangga betina hanya enam milimeter panjang, dilitupi kira-kira 60 biji telur dalam kokun berlilin.

Menurut pasukan penyelidikan diketuai oleh Torsten Wappler, seorang ahli paleontologi di Universiti Bonn di Jerman, kokun melindungi telur daripada pemangsa dan daripada menjadi kering.