Liputan 4G sepenuhnya di Labuan menjelang hujung tahun

Liputan 4G sepenuhnya di Labuan menjelang hujung tahun

LABUAN, 18 Sept (Bernama) – Labuan akan mendapat liputan penuh rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi generasi keempat menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata kerja-kerja menaik taraf sedang dijalankan di stesen komunikasi di seluruh pulau itu oleh peneraju industri telekomunikasi.

“Kami telah membincangkan keperluan untuk menaik taraf infrastruktur telekomunikasi di sini, memandangkan Labuan merupakan pusat kewangan antarabangsa. Terdapat sebuah syarikat telekomunikasi yang beroperasi di sini.

Oleh itu, Labuan perlu mempunyai liputan penuh 4G penuh daripada 2G dan 3G sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan Labuan Corp di sini Jumaat.

Labuan Corp merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Labuan.

Jailani berkata Pusat Internet 1Malaysia telah dibina di Kampung Lubok Temiang bagi membantu pulau itu mendapat akses Internet yang lebih baik, sebuah lagi pusat yang serupa akan dibina tidak lama lagi selepas lokasinya dikenal pasti.

ARTIKEL YANG SAMA