‘Live band’ akhiri tirai pentas perayaan

‘Live band’ akhiri tirai pentas perayaan

Oleh Ampuan Irma Susanti puan Hussain

 

PERSEMBAHAN dari ‘Tomo And The Band’ yang bergabung dalam acara Malam Sumbangsih di Pentas Perayaan, Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar; mengakhiri sembilan malam ‘Acara Pementasan Malam-Malam Keraian’ Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 69 Tahun bagi Daerah Temburong tahun ini.

Persembahan ‘live-band’ di acara penutup ini menampilkan penyanyi-penyanyi dan pemain-pemain muzik lama dan baru yang cukup berbakat dengan menampilkan lagu-lagu terkini versi Melayu dan Inggeris.

Acara-acara keraian bertujuan untuk memeriahkan sepanjang malam-malam sambutan perayaan di daerah ini selain lokasi tumpuan gerai perayaan di Taman Perayaan Pekan Bangar. Acara telah dimulakan dengan persembahan ‘Pentarama’ dari Jabatan Penerangan, Bintang Keputeraan, Bintang Aslirama, Malam Kebudayaan Bermukon, Malam Keugamaan, ‘Jenakarama’, ‘Citra Muzikal Dangdut Putera Irama’ dan ‘Tomo And The Band’ mengakhiri acara.

Persembahan penutup disaksikan oleh Haji Matzain dan isteri serta Awang Zainudin.
Persembahan penutup disaksikan oleh Haji Matzain dan isteri serta Awang Zainudin.
Ahli kumpulan Tomo And The Band memeriahkan pentas Perayaan dengan menampilkan penyanyi dan pemain berbakat dari Daerah Temburong.
Ahli kumpulan Tomo And The Band memeriahkan pentas Perayaan dengan menampilkan penyanyi dan pemain berbakat dari Daerah Temburong.

Hadir di acara penutupan rasmi pada malam itu Penghulu Mukim Batu Apoi, Haji Matzain bin Haji Awang dan Isteri selaku tetamu kehormat dan Pengerusi Bersama ‘Acara Pementasan Malam-Malam Keraian’, Awang Zainudin bin Haji Ahmad Zaini serta ahli jawatankuasa pengendali.

Acara-acara dianjurkan oleh ahli jawatankuasa ‘Acara Pementasan ‘Malam-Malam Keraian’ dikendalikan oleh Stesen Radio Televisyen Brunei Dearah Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA