Livermore terlepas pengharaman positif dadah

Livermore terlepas pengharaman positif dadah

LONDON, 10 Sept – Pemain tengah Hull City Jake Livermore, yang diuji positif kerana dadah jenis kokain pada April, bakal terlepas daripada pengharaman berikutan pertimbangan bagi meringankan hukuman ke atasnya, lapor media British semalam.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dan akhbar-akhbar berkata ujian positif itu dibuat selepas kematian anak damit yang dilahirkan oleh isteri pemain antarabangsa England yang berusia 25 tahun tersebut.

“Tidak timbul persoalan ia adalah faktor pengurangan hukuman,” menurut pengurus Hull Steve Bruce bulan lepas.

“Jake menyimpan semua masalah yang beliau hadapi. Semua pemain bola sepak fikir mereka adalah lelai macho tetapi mereka mempunyai masalah sama dengan orang lain.”

BBC berkata biro disiplin Persatuan Bola Sepak bersidang minggu lepas yang kemudian memutuskan Livermore tidak akan dikenakan pengharaman.

Tiada sebarang ulasan segera daripada kelab, yang diturunkan kedudukan kepada Kejohanan (tingkat kedua) pada akhir musim lepas. – Reuters