Liverpool balas dendam

Liverpool balas dendam

LIVERPOOL, 3 Mac (AFP) – Liverpool membalas dendan selepas kecewa dalam Piala Liga apabila memberikan Manchester City kekalahan ketiga berturut-turut dalam persaingan Liga Perdana dengan kemenangan 3-0 di Anfield semalam.

City menewaskan Liverpool dalam Piala Liga Ahad lalu tetapi tidak ada ulangan bagi pasukan Manuel Pellegrini itu ketika komitmen dan penguasaan kuat Liverpool berbaloi pada perlawanan malam di Merseyside.

Jaringan Adam Lallana, James Milner dan Roberto Firmino menyaksikan cabaran gelaran bagi City terjejas dan mereka sekarang 10 mata di belakang pendahulu Leicester, dengan empat kedudukan teratas mereka terancam apabila Manchester United berjaya menyamakan kutipan mata.

Sepakan tenang penalti Yaya Toure kejayaan penjaga gol Willy Caballero menyelamatkan percubaan Liverpool memberikan City kemenangan di Wembley Ahad lalu.

Tetapi kedua-duanya tidak beraksi untuk perlawanan ulangan ini, dengan Caballero ditempatkan di bangku simpanan selepas Joe Hart kembali bagi perlawanan kritikal, dan Toure tidak beraksi kerana masalah kaki.

Firminio bersama rakannya meraikan jaringan di depan penjaga gol City, Joe Hart di Anfield, kelmarin. – Reuters
Firminio bersama rakannya meraikan jaringan di depan penjaga gol City, Joe Hart di Anfield, kelmarin. – Reuters

Pemain terbaik Liverpool pada Ahad lalu adalah Lucas Leiva, yang membantu di bahagian tengah pertahanan, tetapi tidak beraksi kerana masalah paha ketika bos Reds, Jurgen Klopp membuat lima pertukaran.

Daniel Sturridge juga direhatkan, tetapi ketakutan Liverpool tanpa penyerang England segera dilupakan. Hasilnya pertukaran Liverpool itu, pasukan tuan rumah dilihat lebih cergas berbanding City.

Pasukan The Reds mengawal permainan ketika separuh masa pertama diteruskan tetapi pertahanan City yang diketuai oleh Vincent Kompany enggan tunduk.

City menghasilkan beberapa peluang terbaik apabila rembatan Sterling berada di kawasan Kop tetapi Liverpool kemudian mendapatkan satu lagi kedudukan dan meletakkan mereka dalam laluan kemenangan.

ARTIKEL YANG SAMA