Liverpool bangkit berdepan Villarreal

Liverpool bangkit berdepan Villarreal

LONDON, 4 Mei (AFP) – Liverpool akan melayan kunjungan pasukan La Liga, Villarreal pada separuh akhir kedua Liga Europa awal pagi Jumaat ini tatkala mereka berharap dapat menterbalikkan defisit 0-1 pada aksi pertama, sebelum ini.

Kekalahan 1-3 kepada Swansea dalam aksi domestik di Stadium Liberty Ahad lalu menghampakan Jurgen Klopp, namun pengendali itu tetap yakin betapa Liverpool mampu pantas bangkit daripada kekecewaan.

“Kita perlu menerimanya (keputusan itu) kerana prestasi pasukan tidak cukup bagus,” kata Klopp.

“Saya memang kecewa, kami bermain corak permainan yang biasa diterapkan dalam 90 minit perlawanan, kami mampu memenanginya tetapi kami tidak melakukannya dan itu adalah puncanya.

“Kami kembali merapatkan kedudukan dengan 2-1 tetapi apabila gawang dibolosi sekali lagi, gol itu tampak terlalu mudah, mudah buat Swansea. Saya bukan mencari alasan dan saya fikir kami boleh bermain dengan lebih baik lagi.

Klopp tetap yakin Liverpool mampu pantas bangkit daripada kekecewaan. - AP
Klopp tetap yakin Liverpool mampu pantas bangkit daripada kekecewaan. – AP

“Kami bermain seperti biasa dan saya lihat untuk keseluruhan 90 minit dan di situ tak ada pun sesuatu yang menggembirakan saya.

“Kami perlu memikirkan semula mengenainya dan perlu bangkit, itu yang utama dan pasukan akan bermain lebih baik daripada apa yang dilakukan Ahad lalu.”

Berikutan kemenangan menakjubkan 4-3 perlawanan kedua ke atas Borussia Dortmund pada pusingan sebelum ini, Liverpool akan berhadapan dengan Villareal.

Dalam berusaha untuk mara ke final penentuan Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 2007, Liverpool mendekati perlawanan kedua yang perlu meraih kemenangan.

Dengan kekalahan di Swansea telah menjejaskan peluang mereka untuk layak ke Liga Europa melalui liga, memenangi pertandingan musim ini, akan menghasilkan tempat ke dalam Liga Juara-Juara, kini berubah kepada kepentingan yang lebih besar.

Klopp melakukan lapan pertukaran untuk perjalanan ke Stadium Liberty dan dijangka memulihkan pemain termasuk penjaga gol Simon Mignolet, pemain tengah James Milner dan Roberto Firmino untuk pemain kesebelasan utama.

ARTIKEL YANG SAMA