Liverpool belasah Villa 6-0

Liverpool belasah Villa 6-0

LONDON, 15 Feb – Liverpool meletakkan Aston Villa lebih hampir kepada penyingkiran apabila mereka membenam kelab tercorot Liga Perdana itu 6-0 semalam yang menyaksikan peminat tuan rumah meninggalkan perlawanan secara besar-besaran sebelum berakhir wisel penamat di Villa Park.

Liverpool mendahului apabila Daniel Sturridge, yang mengalami kecederaan hampir sepanjang musim, menanduk masuk selepas minit 16 sebelum bekas pemain sayap Villa, James Milber menggandakan pendahuluan mereka menerusi sepakan bebas lapan minit kemudian.

Villa terus terjejas pada separuh masa kedua bolos empat gol dalam tempoh 13 minit dengan Emre Can memulakan rembatan jarak 25 meter yang menewaskan penjaga gol Mark Bunn selepas minit ke-57.

Kedudukan bertukar 4-0 lima minit kemudian apabila hantaran menarik Coutinho memasuki pertahanan Villa dan Origi mengawal bola dengan sentuhan pertamanya dalam perlawanan itu dan menamatkan dengan sentuhan keduanya.

Clyne menambah gol kelima dengan menyudahkan bola yang melantun selepas Bun menyelamatkan sepakan awalnya dalam pergelutan depan pintu gol.

Emre Can ketika menjaringkan gol ketiga buat Liverpool. – Reuters
Emre Can ketika menjaringkan gol ketiga buat Liverpool. – Reuters

Dan aib Villa semakin jelas apabila mereka membiarkan Toure melakukan tandukan minit ke-71 bagi menyudahkan hantaran lintang Henderson bagi kedudukan 6-0.

Ribuan kerusi kosong pada minit ke-80, tetapi peminat Villa yang masih kekal mengumpulkan sokongan ketika pemain gantian Scott Sinclair berganding satu-dua bersama Lescott dan rembatan melencongnya mengenai palang.

Kemenangan itu menamatkan lima perlawanan Liverpool tanpa kalah dalam semua perlawanan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA