Liverpool beli penjaga gawang baru

Liverpool beli penjaga gawang baru

LIVERPOOL, England, 25 Mei – Liverpool telah menandatangani penjaga gawang Loris Karius dari kelab Jerman Mainz bagi AS$7 juta.

Karius akan mengambil jersi nombor 1 sementara penjaga gawang pilihan pertama Simon Mignolet mengekalkan jersi nombor 22.

Pengurus Liverpool Juergen Klopp berkata Karius “akan menambah kualiti kami pada posisi ini dan saya tidak sabar untuk bekerja dengannya dan kesemua pemain kami apabila kami kembali bagi pra-musim.”

Status Mignolet belum terancam sejak berada di kelab tiga tahun lalu meski beberapa persembahan yang kurang memberangsangkan.

Liverpool menamatkan di tangga kelapan di saingan Liga Perdana dan tewas di Piala Liga dan perlawanan akhir Liga Europa. – AP