Liverpool beli pertahanan Charlton

Liverpool beli pertahanan Charlton

LONDON, 21 Jun (AFP) – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool sebentar tadi mengumumkan sudah mengikat pemain pertahanan muda dari Charlton Athletic, Joe Gomez, untuk tempoh lima tahun.

Media melaporkan kelab dari Anfield itu membayar sebanyak 3.5 juta pound untuk mendapatkan pemain pasukan England Bawah 19 Tahun itu yang boleh beraksi di pertahanan tengah atau benteng.

Gomez, yang beraksi sebanyak 24 kali untuk pasukan simpanan, Charlton musim lalu, menjadi pemain keempat diikat Liverpool sepanjang musim panas ini selepas James Milner, Danny Ings dan Adam Bogdan.