Liverpool belum temui rentak

Liverpool belum temui rentak

LONDON, 21 Dis (Reuters) – Jurgen Klopp kegembiraan di hadapan penyokong Liverpool selepas Divock Origi menjaringkan gol penyamaan untuk mencatat keputusan seri 2-2 dengan West Bromich Albion di Anfield, minggu lalu.

Bagaimanapun, apa jua tanggapan mengatakan kelab baharunya itu sudah kembali di landasan sebenar selepas tewas kepada Newcastle United dua minggu lalu, kini hanya cakap kosong apabila The Reds mengalami kekalahan terburuk mereka di tangan Watford 0-3, awal pagi tadi.

Untuk Klopp, tempoh bulan madu sebagai pengurus baharu sudah tamat dengan juara Eropah lima kali itu ketika ini hanya satu tangga di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris berbanding ketika Brendan Rodgers dipecat dua bulan lalu.

Klopp mengkritik barisan pemainnya apabila membenarkan Southampton menyamakan kedudukan di Anfireld ketik perlawanan berbaki setengah jam lagi.

Kali ini, Liverpool menderita dalam tempoh 15 minit pertama apabila melepaskan dua gol kepada penghuni tangga ketujuh liga, Watford dan gagal mencetuskan kebangkitan.

“Kamu perlu memberikan reaksi yang lebih baik. Kami tidak bermain dengan apa yang kami mahukan, kami bermain seperti mereka mahukan,” kata Klopp.

Sementara itu, legenda Liverpool, Greame Souness percaya Klopp berdepan tugas berat untuk mengembalikan kegemilangan kelab berkenaan.

“Saya tidak fikir pemain yang ada ini sudah cukup bagus. Dua gol awal yang dilepaskan terlalu mudah, kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan dan kamu mencari pemain yang akan marah bukannya simpati ke atas diri mereka sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA