Liverpool bersatu kenang tragedi Hillsborough 1989

Liverpool bersatu kenang tragedi Hillsborough 1989

LONDON, 27 April – Ribuan orang akan memberi penghormatan penuh emosi kepada mangsa tragedi Hillsborough hari ini, selepas inkues di tempat kejadian mendapati 96 penyokong bola sepak Liverpool yang tidak bersalah terbunuh.

Sehari selepas inkues terbesar dalam sejarah perundangan England yang menyatakan kesilapan polis menyebabkan insiden stadium pada 1989 itu, bandar raya Liverpool dijangka bersatu untuk menyokong kempen sukar sanak saudara mangsa mencari keadilan sejak 27 tahun.

Inkues selama dua tahun memberikan jawapan dinantikan keluarga lebih suku abad untuk mendengar inkues sebenar, sejak pembatalan bukti terbaharu, yang merekodkan pengakuan wujudnya kematian akibat kemalangan.

Acara hari ini juga memberi peluang untuk memikirkan apa langkah seterusnya akan dialami keluarga mangsa, dengan sebahagian pihak menegaskan pendakwaan perlu dilakukan terhadap tragedi paling buruk membabitkan stadium di Britain itu.

Tugu peringatan di luar St George Hall dekat Liverpool, barat laut England, akan dipenuhi keluarga mangsa diiringi lagu, ucapan dan saat untuk mengingati. – AFP

Nyalaan lilin dan bunga di tangga St Georges Hall, Liverpool untuk mengenang mangsa tragedi Hillsborough. – AFP
Nyalaan lilin dan bunga di tangga St Georges Hall, Liverpool untuk mengenang mangsa tragedi Hillsborough. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA