Liverpool, Dortmund mara

Liverpool, Dortmund mara

PARIS, 18 Mac (Reuters) – Liverpool mara dengan mengatasi Manchester United untuk menempah tempat dalam suku akhir Liga Eropah, di mana Borussia Dortmund dan Sevilla adalah pasukan yang perlu dikalahkan.

Pertemuan Liverpool-Dortmund pastinya menggamit memori buat Klopp yang lapan tahun pernah berkhidmat di sana.

Bos The Reds itu bagaimanapun berfikir secara logik apabila ditanya mengenai itu.

“Dortmund? Sudah tentu tidak!” katanya. “Kenapa saya perlu berjumpa dengan pasukan terkuat dalam kejohanan ini dalam pusingan akan datang? Saya bukanlah bodoh!

“Tetapi jika diundi juga, kami akan cuba untuk menang. Saya pasti ia tidak akan menjadi perlawanan mudah dari sekarang, kami perlu bersedia.”

Aksi Coutinho ketika melakukan sepakan percuma menentang pasukan United di Old Trafford. Liverpool mara suku akhir Liga Eropah selepas menyingkirkan United pada perlawanan pagi tadi. – Reuters
Aksi Coutinho ketika melakukan sepakan percuma menentang pasukan United di Old Trafford. Liverpool mara suku akhir Liga Eropah selepas menyingkirkan United pada perlawanan pagi tadi. – Reuters
Aubameyang ketika menjaringkan gol kedua buat Dortmund ketika menentang Hotspur di White Hart Lane. – Reuters
Aubameyang ketika menjaringkan gol kedua buat Dortmund ketika menentang Hotspur di White Hart Lane. – Reuters

Klopp gembira menyaksikan pasukannya bekerja keras mengikat United yang beraksi lebih baik berbanding di Anfield, minggu lalu.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp mengetepikan pesaing Manchester United ketika keputusan seri 1-1 pada perlawanan kedua di Old Trafford semalam yang membolehkan mereka memenangi persaingan kelompok 16 terakhir menerusi agregat 3-1.

Philippe Coutinho menjaringkan gol penyamaan dalam aksi kedua di Old Trafford selepas Anthony Martial membuka tirai jaringan buat United menerusi sepakan penalti.

Sementara itu, pasukan lama Klopp, Dortmund mara dengan Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 mereka ke atas Tottenham Hotspurs di White Hart Lane menyaksikan mereka menang 5-1 menerusi agregat.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino sebelum itu berkata dia lebih rela anak buahnya untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap saingan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris, sekali gus meletakkan bintang utamanya, Harry Kane di bangku simpanan.

Harapan Spurs untuk memadam defisit 3-0 selepas tewas dalam aksi pertama di Jerman berakhir apabila Aubameyang menjaringkan gol pertama pada minit ke-24.

Aubameyang menjaringkan gol kedua pada minit ke-71 menewaskan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris dari bahagian sebelah kanan.

Biarpun Spurs berjaya menjaringkan gol tiga minit kemudian menerusi Son Heung-min untuk merapatkan jurang, namun ia sudah terlambat bagi menyekat kemenangan Dortmund.

Bagaimana pun, Daniel Sturridge hanya menggegarkan tiang gol menerusi sepakan bebas sebelum Phillipe Coutinho menjaringkan gol bagi pasukan Liverpool sebelum rehat, yang membawa bola dari kiri dan menewaskan David de Gea.

ARTIKEL YANG SAMA