Liverpool hampir tewas di laman sendiri

Liverpool hampir tewas di laman sendiri

LIVERPOOL, 14 Dis (AFP) – Jaringan lewat Divock Origi menyelamatkan Liverpool apabila seri 2-2 dengan West Bromwich Albion pada aksi Liga Perdana Inggeris, di Anfield, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Juergen Klopp hampir hilang tiga mata apabila West Brom memberikan tentangan sengit meskipun Liverpool beraksi di hadapan penonton sendiri.

Liverpool memperoleh gol awal menerusi Jordan Henderson pada minit ke-21 sebelum West Brom bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Craig Dawson pada minit ke-31.

Liverpool hampir tewas di laman sendiri ketika menentang West Bromwich Albion kelmarin. – Reuters
Liverpool hampir tewas di laman sendiri ketika menentang West Bromwich Albion kelmarin. – Reuters

Giliran pasukan pelawat pula mendahului 2-1 menerusi jaringan Jonas Olsson pada minit ke-73.

Ketika West Brom berkira-kira untuk membawa pulang tiga mata penuh, jaringan Origi pada minit ke-96 menjadikan kedudukan kembali seri 2-2.