Liverpool ikat benteng Estonia

Liverpool ikat benteng Estonia

LONDON, 21 Julai – Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool mengesahkan sudah menandatangani pertahanan Estonia, Ragnar Klavan dari Augsburg.

Klavan bersetuju dengan kontrak jangka panjang selepas melepasi ujian perubatan di pusat latihan Liverpool, Melwood dengan perpindahan dilaporkan bernilai STG4.2 juta.

Pemain berusia 30 tahun itu sudah mengumpul lebih 100 penampilan buat Estonia dan sangat dikenali oleh jurulatih Liverpool yang juga bekas pengendali Borussia Dortmund, Jurgen Klopp selepas menghabiskan masa selama empat tahun di Bundesliga.

Klavan yang beraksi dalam kedua-dua aksi pusingan 32 terakhir Liga Europa bersama Augsburg menentang Liverpool pada Februari lalu, akan memainkan peranan di pertahanan tengah menggantikan Mamadou Sakho dan Joe Gomez yang kini cedera dan Tiago Ilori menyertai Portugal ke Olimpik.

Klavan bersetuju dengan kontrak jangka panjang selepas melepasi ujian perubatan di pusat latihan Liverpool, Melwood dengan perpindahan dilaporkan bernilai STG4.2 juta. – AFP
Klavan bersetuju dengan kontrak jangka panjang selepas melepasi ujian perubatan di pusat latihan Liverpool, Melwood dengan perpindahan dilaporkan bernilai STG4.2 juta. – AFP

Dia adalah pemain kelima diikat Klopp, selepas penjaga gol Loris Karius, pemain pertahanan Joel Matip, pemain tengah Marko Grujic dan penyerang Sadio Mane.

“Saya sangat gembira untuk menjadi sebahagian daripada kelab yang hebat, pasukan yang hebat ini,” kata Klavan kepada laman web Liverpool.

“Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata kerana ia sudah menjadi impian saya selama 22 tahun untuk datang ke Liga Perdana Inggeris dan menjadi sebahagian daripada kelab yang hebat seperti Liverpool.

“EPL adalah liga yang paling menarik di dunia dan anda sentiasa melihat pemain yang hebat di sini. Ini adalah pusat bola sepak.” – AFP