Liverpool ikat Sadio Mane

Liverpool ikat Sadio Mane

LONDON, 28 Jun (AFP) – Penyerang Senegal, Sadio Mane yang sebelumnya bermain di kelab Southampton, kini sudah sah menyertai Liverpool dengan kontrak jangka panjang, menurut kelab tersebut, hari ini.

Tanpa mendedahkan nilai perpindahan, laporan media British bagaimanapun menjelaskan Mane sudah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan perjanjian bernilai 30 juta pound.

Mane meledak 25 gol dalam 75 penampilan untuk skuad The Saints dan menjadi pembelian ketiga termahal Liverpool selepas Andy Carroll dan Christian Benteke.

“Hari ini adalah hari yang hebat dan saya sangat gembira menandatangani (kontrak) bersama salah sebuah kelab terbesar di Eropah,” kata Mane di laman web Liverpool.

Bekas pemain Southampton, Sadio Mane kini bersama Liverpool. – AFP
Bekas pemain Southampton, Sadio Mane kini bersama Liverpool. – AFP

“Ia satu kelab yang sudah memenangi banyak trofi dan mempunyai sejarah yang hebat. “Sekarang saya tidak sabar untuk bertemu semua pegawai dan rakan sepasukan serta memulakan musim ini.”

Southampton menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana musim lalu, dua tangga di atas Liverpool.

Tetapi dari segi sejarah, bilangan penyokong dan kewangan, Liverpool yang juga juara lima kali Eropah kekal sebagai kelab lebih besar berbanding The Saints.

ARTIKEL YANG SAMA