Liverpool intai Zappacosta

Liverpool intai Zappacosta

LONDON, 28 Jun (Agensi) – Liverpool sedang mengintai pemain Bawah- 21 Tahun (B-21) Itali, Davide Zappacosta yang kini beraksi bersama Atalanta untuk dibawa masuk ke Anfield.

Menurut laporan Gazzetta dello Sport, pengurusan skuad The Reds sudah menghubungi kelab Serie A itu bagi mendapatkan pemain pertahanan berusia 23 tahun berkenaan.

Zappacosta yang setakat ini sudah meraih 17 kaps bersama pasukan B-21 Itali, adalah antara pemain yang turut beraksi bersama negaranya ketika menyingkirkan England pada Kejohanan Eropah, awal minggu ini.

Dia juga sudah menarik minat kelab Itali, Torino dan Fiorentina untuk membelinya, namun laporan Gazzetta menyatakan Liverpool berada di depan bagi mengikat pemain berkenaan.

Pemain Itali Davide Zappacosta (kiri) bersaing dengan Jeese Lingard dari England dalam Kejohanan B-21 di Stadium Ander Republik Czech 24 Jun 2015. - Reuters
Pemain Itali Davide Zappacosta (kiri) bersaing dengan Jeese Lingard dari England dalam Kejohanan B-21 di Stadium Ander Republik Czech 24 Jun 2015. – Reuters

Zappacosta dilihat sebagai pemain paling sesuai menggantikan Glen Johnson yang sudah meninggalkan kelab berkenaan secara percuma pada musim panas ini.

Jika proses pembeliannya berjaya, dia bakal menjadi pemain pertahanan kedua diikat Liverpool bagi saingan musim baharu selepas menandatangani benteng Charlton, Joe Gomez awal bulan ini.