Liverpool kempunan khidmat Teixeira

Liverpool kempunan khidmat Teixeira

LIVERPOOL, 3 Feb – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu para penyokong terus memberikan kepercayaan kepada kelab itu di sebalik keputusan untuk tidak membawa masuk pemain yang menjadi buruan utama mereka, Alex Teixeira pada jendela perpindahan kali ini.

Liverpool sebelum ini dikatakan menolak tawaran harga yang dikenakan Shakhtar Donetsk selepas kelab Ukraine itu meletakkan nilai £50 juta (RM302.46 juta) yang dilihat terlalu tinggi dan melebihi apa yang ditawarkan oleh The Reds iaitu sebanyak £38 juta (RM229.87 juta).

Klopp menggesa para penyokong untuk terus memberikan sokongan biarpun usaha mereka untuk membawa masuk pemain berusia 26 tahun itu tidak kesampaian.

“Ia adalah sangat penting untuk anda semua memberikan sokongan kepada keputusan yang dibuat oleh kelab ini. Ini merupakan keputusan yang biasa.

Kami tetap akan terus beraksi seperti biasa walaupun tanpa Teixeira

Jurgen Klopp menggesa para penyokong untuk terus memberikan sokongan biarpun usaha mereka untuk membawa masuk pemain berusia 26 tahun itu tidak kesampaian.– Reuters
Jurgen Klopp menggesa para penyokong untuk terus memberikan sokongan biarpun usaha mereka untuk membawa masuk pemain berusia 26 tahun itu tidak kesampaian.– Reuters

“Kami sudah membuat tawaran. Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini tetapi mereka begitu realistik kerana ini adalah perpindahan Januari, maka mereka berhak membuat tuntutan apabila kita mengadakan rundingan.

“Ia bukan sama ada kami mempunyai kemampuan kewangan atau tidak tetapi kami perlu bekerja dengan rasa hormat dan bertanggungjawab. Itulah yang kami lakukan.

“Kami akan terus melakukannya (memburu Teixeira) tetapi bukan pada jendela perpindahan kali ini. Ia bukan sekadar urusan jual beli sahaja,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA