Liverpool menang mudah

Liverpool menang mudah

LIVERPOOL, 9 Mei (AFP) – Jurgen Klopp tetap berpuas hati dengan kemenangan 2-0 ke atas Watford di Anfield, awal pagi tadi dengan kedua-dua gol The Reds dijaringkan Joe Allen dan Roberto Firmino.

Tanpa sebarang tekanan dengan kedua-dua kelab tidak lagi mempunyai sebarang sasaran khusus dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), perlawanan berlangsung agak hambar.

Watford secara matematik sudah selamat untuk kekal di EPL manakala Liverpool kini lebih memberi tumpuan kepada final Liga Europa menentang Sevilla di Basel pada 18 Mei ini.

Di atas kertas, The Reds juga sudah tidak mampu berbuat apa-apa dalam saingan domestik. Klopp mengakui pertembungan menentang Watford agak bosan namun menyifatkan kemenangan itu sudah cukup buatnya.

Aksi Firmino dalam perlawanan menentang Watford di Anfield, semalam. Liverpool berjaya menewaskan Watford pada perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Joe Allen dan Roberto Firmino. – AP
Aksi Firmino dalam perlawanan menentang Watford di Anfield, semalam. Liverpool berjaya menewaskan Watford pada perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Joe Allen dan Roberto Firmino. – AP

“Ia bukan cemerlang tapi kita lakukan apa yang perlu. Ia adalah profesional dan kami memang berhak untuk menang,” kata pengurus kelahiran Jerman itu.

“Ini bukan prestasi cemerlang daripada kesemua perlawanan daripada pasukan ataupun daripada penyokong, tetapi ia hari yang baik untuk menikmati petang Ahad.