Liverpool putih mata

Liverpool putih mata

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Akibat leka dan pertahanan longgar pada minit ke-78 pasukan Liverpool FC didenda dengan jaringan Wayne Rooney yang berjaya mengotakan janjinya untuk membantu Manchester United menewaskan Liverpool FC semalam.

Jaringan Tunggal yang dibuatnya itu memberikan tiga mata penuh sebagai bekalan pulang ke Old Traford dan sekali gus mengukuhkan kedudukan Manchester United di tangga ke-5 Liga Perdana Inggeris tujuh mata di belakang pendahulu liga Leicester City.

Gerakan bermula pada minit ke-76 melalui sepakan sudut pendek Daley Blind kepada Juan Mata yang kemudiannya melepaskan hantaran ke dalam petak D Liverpool FC yang disambut oleh Maroane Fellaini yang dikerumuni pertahanan Liverpool FC.

Namun tandukan pemain berambut afro Manchester United itu hanya terkena palang dan melantun keluar dari zon bahaya kawalan Simon Mignolet, namun Wayne Rooney berjaya menghidu peluang ketika pertahanan Liverpool sudah leka dengan tandukan Fellaini itu.

Wayne Rooney meraikan jaringan tunggal perlawanan di Anfield, sebentar tadi. - Reuters
Wayne Rooney meraikan jaringan tunggal perlawanan di Anfield, sebentar tadi. – Reuters

Ketua Pasukan Manchester United tidak mensia-siakan peluang keemasan ketika hanya berhadapan dengan ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson yang berusaha mengekang ledakkan kencang separa voli Wayne Rooney untuk menggegarkan gawang Liverpool FC.

Meskipun permainan banyak dikuasai kesebelasan utama tuan rumah yang beberapa kali berjaya menembusi pertahanan Manchester United FC namun penjaga gol pelawat, David de Gea tampil wira untuk mempertahankan gawangnya daripada dibolosi.

Antara serangan yang merbahaya pasukan tuan rumah adalah pada babak kedua apabila Nathaniel Cyne melalui gerakan solo di luar petak D Manchester United melepaskan rembatan menuju ke arah gawang gol kawalan pemain yang berasal dari Sepanyol itu.

De Gea terpaksa melontarkan badannya untuk menepis percubaan Clyne sebelum sekali lagi menyelamatkan keadaan dengan menepis keluar percubaan Roberto Firmino yang berjaya menyambut bola muntah percubaan rakan sepasukannya.

Manchester United akan berdepan dengan pasukan Southampton di tempat sendiri pada 23 Januari ini nanti sementara itu Liverpool pula akan berdepan Exeter dalam saingan Piala FA pada 20 Januari 2016 ini nanti.

Liverpool FC kini berada di tangga ke-9 liga dengan 22 perlawanan dan mengutip 31 mata dan akan berdepan pasukan Norwich pada 23 Januari dan Stoke City pada 26 Januari sebelum berdepan pendahulu liga Leicester pada awal Februari nanti.

ARTIKEL YANG SAMA