Liverpool sasaran firma China

Liverpool sasaran firma China

LONDON, 22 Ogos – Pasukan gergasi Liga Perdana, Liverpool adalah sasaran bagi pengambilalihan 800 juta pound (AS$1 bilion) yang disokong oleh kerajaan China, menurut akhbar British, Sunday Times melaporkan.

China Everbright, firma kewangan yang disokong negara tersebut, adalah bidaan tertinggi, yang disokong oleh dana kemewangan utama negara itu, China Investment Corporation (CIC), kata akhbar itu.

Perbincangan diantara kumpulan dari China dan pemilik kelab Liverpool dari AS, Fenway Sports Group (FSG), masih berlanjutan, kata akhbar Sunday Times. Tetapi sumber kanan Liverpool memberitahu AFP walaupun kelab itu dibukakan kepada pelaburan luar, FSG tidak berada dalam perbincangan dan kelab bukanlah tumpuan bidaan.

Pada Jumaat, pengerusi Liverpool, Tom Werner berkata kelab itu “bukan untuk dijual”, tetapi mengakui FSG terbuka kepada idea penjualan pegangan. FSG membeli Liverpool bagi 300 juta paun pada 2010. China membuat kejutan dalam bola sepak Inggeris sejak beberapa bulan lalu.

Awal bulan ini, pesaing Liga Perdana Liverpool, West Bromwich Albion mengumumkan persetujuan untuk menjual kelab itu kepada kumpulan pelaburan China yang diketuai oleh usahawan, Guochuan Lai.

Liverpool yang diuruskan oleh Jurgen Klopp, tewas 2-0 di Burnley dalam perlawanan kedua liga mereka musim ini pada Sabtu lalu, setelah hanya menang 4-3 tipis di Arsenal dalam perlawanan pembukaan mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA