Liverpool sekadar seri 1-1 di Anfield

Liverpool sekadar seri 1-1 di Anfield

LIVERPOOL, 21 Sept (AFP/Agensi) – Brendan Rodgers terus dihambat kecewa apabila Liverpool hanya mampu mencatatkan keputusan 1-1 dengan Norwich di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), di sini, semalam.

Dalam aksi di Anfield itu, skuad The Reds lebih dulu di depan menerusi jaringan Danny Ings pada minit ke-48 sejurus selepas masuk menggantikan Christian Benteke.

Namun, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan 12 minit selepas itu melalui Russel Martin.

Anak buah Rodgers cuba bangkit selepas itu, namun terus buntu sehingga wisel penamat dibunyikan untuk keputusan kekal 1-1.

Penyerang Liverpool Christian Benteke (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Norwich City, Russell Martin pada perlawanan di Stadium Anfield di Liverpool, barat laut England pada 20 September 2015. – AFP
Penyerang Liverpool Christian Benteke (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Norwich City, Russell Martin pada perlawanan di Stadium Anfield di Liverpool, barat laut England pada 20 September 2015. – AFP

Kelmarin Rodgers secara terbuka mengakui dia kini berada dalam tekanan selepas beberapa aksi hambar pasukannya menjelang pertembungan dengan Norwich.

Rodgers cuba bersikap tenang namun tekanan terus menghimpitnya seandai pasukannya gagal menewaskan Canaries.

Kekalahan berturut-turut kepada West Ham dan Manchester United sedikit memberi kesan kepada kedudukan pengurus itu.

Rodgers amat mengharapkan masalah kecederaan yang dihadapinya akan selesai apabila Jordan Henderson, Daniel Sturridge dan Joe Allen masing-masing kini semakin pulih.

ARTIKEL YANG SAMA