Liverpool, Sevilla bakal berentap

Liverpool, Sevilla bakal berentap

LIVERPOOL, 6 Mei (AFP) – Liverpool mara ke pentas final Liga Europa hasil kemenangan 3-0 selepas berjaya membenam Villarreal dalam satu aksi yang penuh cemerlang di Anfield, awal pagi tadi.

Kemenangan itu sekali gus menemukan Liverpool dengan pakar Liga Europa, Sevilla yang menewaskan Shakhtar Donetsk 3-1.

Juara Eropah lima kali, Liverpool melangkah ke final buat kali ke-12 hasil gol sendiri Bruno Soriano dan ledakan Daniel Sturridge serta Adam Lallana, bagi mengatasi defisit aksi separuh akhir pertama untuk mara dengan agregat 3-1.

Villarreal jelas tidak dapat beraksi pada tahap prestasi sebenar mereka dan dilihat tenggelam dengan suasana di Anfield, lebih memeritkan mereka terpaksa bermain dengan 10 orang selepas minit ke-71 susulan kad kuning kedua yang dilayangkan kepada Victor Ruiz.

Dengan Real Madrid dan Atletico Madrid dijadual membuat perhitungan dalam aksi final Liga Juara-Juara, Sevilla memastikan kelab Sepanyol turut berada dalam final saingan kedua benua itu apabila berada di landasan tepat untuk merekodkan gelaran ketiga berturut-turut.

Sturridge (tengah) meraikan jaringan selepas mencetak gol kedua buat pasukannya pada perlawanan pusingan kedua separuh akhir Liga Europa menentang Villarreal di Anfield, kelmarin. – AFP
Sturridge (tengah) meraikan jaringan selepas mencetak gol kedua buat pasukannya pada perlawanan pusingan kedua separuh akhir Liga Europa menentang Villarreal di Anfield, kelmarin. – AFP

Sevilla pula melangkah ke final selepas mengatasi Shakhtar 5-3 secara agregat dengan penyerang Perancis, Kevin Gameiro meledak dua gol dan Mariano Ferreira menjaringkan gol ketiga bagi membantu kelab itu beraksi di final di Basel, 18 Mei ini.

“Untuk pergi ke pentas akhir anda memerlukan sedikit nasib di saat-saat akhir, tetapi kebanyakan masa yang anda perlukan adalah persembahan cemerlang,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pada sidang media selepas perlawanan.

“Apabila saya datang ke sini, kejohanan ini tidak bunyi terlalu baik untuk rakyat. Tiga cabutan (sebenarnya dua). Ia merupakan satu kumpulan yang sukar.

“Kami datang melalui dengan permainan yang bagus di Rusia (menewaskan Rubin Kazan 1-0). Itu adalah baik.

“Kami berasa amat selesa di kejohanan ini. Kami gemar pergi ke negara-negara yang berbeza dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza, suhu yang berbeza. Saya menyukainya dalam bola sepak.

“Masalah yang kami jalankan adalah sekitar permainan ini (terdapat) begitu banyak permainan yang berbeza, jadi kita tidak boleh benar-benar memberi tumpuan kepada ini.

“Pada 2016 pasukan menunjukkan banyak kali apa yang mereka tidak mampu dan apa yang mereka mampu pada masa hadapan.”