Liverpool terlepas peluang

Liverpool terlepas peluang

SOUTHAMPTON, 20 Nov – Pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan mereka selaku pencabar utama kejuaraan selepas hanya terikat tanpa jaringan ketika menentang Southampton, tengah malam tadi.

Anak buah Jurgen Klopp itu menguasai sebahagian besar permainan namun penjaga gawang Southampton, Fraser Forster cemerlang menafikan percubaan bekas rakan sepasukannya, Sadio Mane di babak pertama selain Philippe Coutinho, Roberto Firmino serta Nathaniel Clyne terlepas peluang menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

Liverpool kekal mendahului carta liga mengatasi Manchester City menerusi perbezaan gol namun boleh dipintas Chelsea andai The Blues meraih kemenangan ke atas Middlesbrough, awal pagi esok. Skuad The Reds memiliki peluang terbaik membuka jaringan pada minit ke-28 selepas hantaran Georginio Wijnaldum menemui Mane namun percubaan Mane berjaya ditepis keluar Forster.

Lima minit sebelum tamat separuh masa, Mane sekali lagi beroleh peluang namun terjahan Virgil Van Dijk berjaya menutup ruang daripada pemain Senegal itu untuk melakukan percubaan. – AFP

Aksi kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. - AP
Aksi kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. – AP