Liverpool tundukkan Arsenal

Liverpool tundukkan Arsenal

LONDON, 15 Ogos – Dua jaringan menerusi Philippe Coutinho memberikan inspirasi bagi Liverpool untuk bangkit dari belakang bagi menewaskan Arsenal 4-3 dalam pertembungan yang penuh dengan aksi dari dua pasukan berpengaruh Liga Perdana di Stadium Emirates, semalam.

Selepas menyaksikan sepakan penalti diselamatkan Simon Mignolet, Theo Walcott meletakkan Arsenal di depan, yang menyaksikan Coutinho membuat serangan balas menerusi sepakan bebas pada masa kecederaan.

Jaringan awal pada separuh masa kedua dari Adam Lallana, Coutinho dan Sadio Mane membolehkan pasukan kendalian Jurgen Klopp, Liverpool 4-1 didepan, tetapi rembatan dari Alex Oxlade-Chamberlain dan Calum Chambers menghasilkan penyudah yang mengejutkan.

Ia adalah kemenangan kedua Liverpool di Arsenal dalam 21 percubaan dan meletakkan amaran awal dalam harapan Arsene Wenger bagi membawa kelab London itu bagi gelaran liga pertama mereka sejak 2004.

Aaron Ramsey, yang memainkan peranan bagi jersi 10, memiliki beberapa peluang menjaringkan gol, dengan rembatan yang tepat kepada penjaga gol Mignolet dan kemudian sepakan tinggi yang melepasi palang.

Coutinho meraikan jaringannya pada perlawanan tersebut. – AP
Coutinho meraikan jaringannya pada perlawanan tersebut. – AP

Pemain pertahanan Liverpool, Alberto Moreno membuktikan huru-hara dan pada setengah jam perlawanannya yang tidak menentu, cabaran keras ke atas Walcott membolehkan Arsenal mendapatkan sepakan penalti.

Walcott yang mengambil sepakan itu sendiri menyaksikan Mignolet merebahkan badannya ke arah yang tepat.

Tetapi seminit kemudian pemain penyerang England menebus ketika hantaran dari Alex Iwobi mendapatkan Moreno di luar kedudukan dan Walcott melepaskan rembatan leret di bahagian kiri gawang.

Dikejutkan, Liverpool memberikan tindak balas, Wijnaldum menyaksikan rembatannya diselamatkan oleh Petr Cech, dan pada masa penamat separuh masa pertama, Coutinho menjaringkan gol penyamaan dengan bergaya.

Setelah mendapatkan sepakan bebas apabila dijatuhkan di bawah tekanan dari Holding, pemain dari Brazil itu menghasilkan permainan menarik, yang melepaskan rembatan dari 25 ela di kiri atas gawang.

Ia separuh masa pertama yang seimbang, tetapi dalam masa 18 minit sepak mula pada separuh masa kedua, Liverpool menguasai permainan menerusi tiga jaringan.

Empat minit kemudian, Coutinho menghantar Wijnaldum di garisan kiri dengan hantaran cantik.

Bekas pemain midfield Newcastle United itu meluru ke dalam dan membuat hantaran lintang ke gawang, di mana Lallana mendada bola sebelum menewaskan Mignolet.

Tujuh minit kemudian serangan dari arah bertentangan menghasilkan keputusan yang sama, Nathanie Clyne membuat hantaran lintang dari kanan dan Coutinho menyudahkan rembatan dengan voli.

Mane membuka akaun Liverpoolnya pada minit ke-64 dengan jaringan menakjubkan, membawa bola dari tepi kanan padang dan melepasi pertahanan Chambers dan Nacho Monreal sebelum membuat ledakan kaki kiri ke belakang gawang Mignolet.

Pemain kebangsaan Senegal itu meraikan jaringannya dengan melompat ke belakang badan Klopp sambil dicemuh oleh peminat tuan rumah.

Seminit kemudian, pemain gantian Oxlade-Chamberlain memberikan Arsenal harapan namun rancangannya tidak berhasil.

Wenger kemudian memasukkan pemain baru Granit Zhaka menggantikan Mohamed Elneny, sementara Coutinho dipaksa keluar akibat kekejangan, dan Emre Can dimasukkan. – AFP