Liverpool ubahsuai benteng

Liverpool ubahsuai benteng

LIVERPOOL, 28 Ogos – Liverpool masih jauh daripada hampir memenangi Liga Perdana Inggeris seperti dua musim lalu, tetapi pertahanan berwajah baru mereka memberikan banyak galakan kepada jurulatih Brendan Rodgers menjelang aksi menentang West Ham Sabtu ini.

Tanpa bolos dalam tiga perlawanan pembukaan Liverpool, Rodgers dapat merasakan tahap keyakinan sebelum menentang West Ham, yang tidak pernah menang di Anfield sejak 1964.

Ketibaan Nathaniel Clyne dan Joe Gomez banyak membantu mengukuhkan kedudukan benteng Liverpool, manakala James Milner pula membantu memperkasakan bahagian tengah. Mereka telah mengurangkan sedikit tekanan ke atas Martin Skrtel dan Dejan Lovren di pertahanan tengah dengan kehadiran Clyne dan Gomez benar-benar dirasakan.

Tanpa diragui pasukan Rodgers telah menikmati pertahanan yang padu setakat ini dengan Bournemouth dan Arsenal tidak bernasib baik kerana jaringan mereka ke gawang Reds baru-baru ini dibatalkan. Tetapi ada rasa bahawa Liverpool kurang cenderung untuk bolos bodoh sehingga menyebabkan mereka menerima padah yang begitu dahsyat seperti musim lalu.

Di samping itu, Liverpool mempunyai ruang untuk penambahbaikan selepas hanya berjaya menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan, tetapi ketibaan penyerang Belgium Christian Benteke dari Aston Villa telah menambah kuasa serangan yang kelihatan ringan musim lalu.

Liverpool mempunyai lebih banyak pilihan di bahagian serangan apabila kuasa Benteke dan ancaman udara digabungkan dengan kelajuan Daniel Sturridge. Tetapi, walaupun Sturridge kembali menjalani latihan selepas pembedahan pinggul, penyerang England itu masih belum cergas sepenuhnya dan mungkin kembali selepas rehat antarabangsa seterusnya.

Midfield England, Adam Lallana juga masih diragui setelah terlepas aksi seri 0-0 di Arsenal Isnin lalu kerana masalah paha, jadi Roberto Firmino boleh membuat penampilan penuh yang pertama.

Kapten Jordan Henderson pula bergelut dengan kecederaan kaki yang menghalang beliau daripada beraksi pada perlawanan di Stadium Emirates. Jika dia gagal untuk pulih, maka Milner akan menggalas tugas kapten dengan Emre Can akan bergandingan bersamanya di bahagian tengah.

Pengurus West Ham, Slaven Bilic percaya Diafra Sakho sudah bersedia dari segi mental untuk kembali dan meringankan masalah kecederaan dalam jentera serangan walaupun pemain Senegal telah ditahan dua kali bulan ini.

Sakho dibebaskan dengan ikat jamin awal minggu ini berikutan penafiannya b membuat ancaman bunuh, dan juga saksi ugutan, selepas dituduh tiga hari sebelum kelab memulakan kempen liga dengan kemenangan 2-0 di Arsenal.

Minggu ini merupakan ujian getir untuk Bilic dengan Enner Valencia memohon maaf secara peribadi selepas mengeluarkan kenyataan mengkritik layanan kelab ketika beliau menjalani rawatan lutut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA