Liverpool, United sekadar kongsi mata

Liverpool, United sekadar kongsi mata

LIVERPOOL, 18 Okt – Dua pencabar utama Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Manchester United gagal menyinar selaku dua kelab paling berjaya England apabila sekadar seri 0-0, awal pagi tadi.

Kemenangan Liverpool boleh mengangkat skuad dalam prestasi terbaik Jurgen Klopp itu menyamai pendahulu Manchester City dan Arsenal, namun mereka kekal di tangga keempat selepas menyaksikan lima kemenangan berakhir di Anfield.

Liverpool hampir berjaya mencipta kemenangan namun penjaga gol United, David de Gea menepis percubaan Emre Can dan Philippe Coutinho, manakala Zlatan Ibrahimovic mensia-siakan peluang terbaik pelawat dengan tandukan lemah.

“Mereka tidak mencipta peluang, mungkin dua pada babak kedua dan De Gea melakukan dua atau tiga tindakan menyelamat yang hebat, namun penghujungnya persembahan kami tidak seperti yang sepatutnya,” kata pengurus Liverpool, Klopp.

Aksi Coutinho ketika bersaing dengan pemain United pada perlawanan liga di Stadium Anfield, kelmarin. Liverpool dan United gagal menyinar selaku dua kelab paling berjaya England apabila sekadar seri 0-0, awal kelmarin. – AP
Aksi Coutinho ketika bersaing dengan pemain United pada perlawanan liga di Stadium Anfield, kelmarin. Liverpool dan United gagal menyinar selaku dua kelab paling berjaya England apabila sekadar seri 0-0, awal kelmarin. – AP

“Kami tidak cukup tenang. Itu bukanlah cara kami mahu bermain, tapi saya menerimanya. Kami memperoleh mata. Ia adalah perkara paling buruk di dunia,” katanya.

Klopp boleh menenangkan dirinya dengan pasukannya beraksi tanpa bolos dalam 10 perlawanan liga, tetapi ia adalah kali pertama pasukannya gagal menjaringkan gol di laman sendiri dalam liga sejak tewas 0-1 kepada United, 10 bulan lalu.

Skuad kendalian Jose Mourinho pula kekal di tangga ketujuh dan hanya menang sekali dalam lima pertemuan liga terakhir mereka walaupun persembahan kali ini lebih banyak kepada bertahan seperti dicorakkan pengurus mereka.

“Saya rasa ia persembahan positif. Reaksi daripada penyokong ialah satu kekecewaan. Orang menjangkakan kami ke sini dan berdepan masalah besar, tapi ia tidak terjadi,” kata Mourinho. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA