Liverpool, Valencia mara

Liverpool, Valencia mara

LONDON, 26 Feb (Reuters) – Juara Eropah lima kali, Liverpool dipaksa berhempas pulas sebelum mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa dengan kemenangan 1-0 menerusi jaringan penalti pada aksi kedua berdepan Augsbug di Anfield, awal pagi tadi.

Selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan pertama, skuad Jurgen Klopp mensia-siakan beberapa peluang selepas sepakan penalti di awal permainan dari James Milner dan menamatkan permainan penuh debaran untuk mara ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, tiada lagi tekanan buat Gary Neville selepas Valencia meneruskan rentak kemenangan selepas menang 4-0 di Rapid Vienna untuk melengkapkan agregat 10-0 selain Shakhtar Donetsk, Athletic Bilbao, Lazio dan Bayer Leverkusen juga mara ke pusingan seterusnya.

Milner meraikan jaringan bersama pasukannya selepas berjaya menjaringkan gol buat dalam perlawanan menentang Augsbug. – Reuters
Milner meraikan jaringan bersama pasukannya selepas berjaya menjaringkan gol buat dalam perlawanan menentang Augsbug. – Reuters

Shakhtar melengkapkan kemenangan 3-0 di Schalke 04 untuk melepasi pusingan 32, manakala pemain Bilbao, Sabin Merino meledak gol penyamaan pada minit ke-81 untuk meraih keputusan seri dan mengenepikan Olympique de Marseille dengan agregat 2-1.

Lazio mengalahkan Galatasaray 3-1 di Itali dengan empat gol dihasilkan dalam 14 minit pada babak kedua yang mana Marco Parolo, Felipe Anderson dan Miroslav Klose menjaringkan gol untuk kelab Serie A itu sekali gus mara dengan agregat 4-2.

Bintang Bayer Leverkusen, Karim Bellarabi sekali lagi membuktikan kemampuannya selepas pemain antarabangsa Jerman itu meledak dua gol untuk membantu pasukannya ke pusingan 16 terakhir dengan agregat 4-1 mengatasi Sporting Lisbon.

ARTIKEL YANG SAMA