Liwat: Nasib Shahdon diketahui hari ini

Liwat: Nasib Shahdon diketahui hari ini

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, menetapkan 2 Julai untuk menjatuhkan hukuman seorang lelaki tempatan yang menghadapi 18 pertuduhan meliwat dua budak lelaki berusia 15 dan 14 tahun.

Mohammad Shahdon bin Mohammad Ramlee, 28, mengaku bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Tertuduh didakwa meliwat dua budak lelaki itu, masing-masing dalam kejadian berasingan pada Disember 2014, Februari, Mac, April dan Jun 2015 di sebuah rumah kosong di Rancangan Perumahan Negara Lumut dan di sebuah rumah di Kampung Sungai Bakong, Lumut.

Tertuduh turut didakwa dengan pertuduhan memberikan maklumat palsu kepada Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, melakukan kekerasan ke atas mangsa dan membuat rakaman video lucah kedua-dua mangsa. Tertuduh juga menghadapi pertuduhan mengedar gambar dan rakaman video lucah itu kepada kumpulan WhatsApp yang terdiri dari kanak-kanak sekolah dan rakan-rakan mangsa.

ARTIKEL YANG SAMA