Llorente hantar Juve ke tempat kedua

Llorente hantar Juve ke tempat kedua

SEVILLE, Sepanyol, 9 Dis – Fernando Llorente kembali memburu pasukan lamanya, Juventus ketika Sevilla melengkapkan tumpuan mereka untuk satu lagi gelaran Liga Europa dengan kemenangan 1-0 ke atas juara Itali itu semalam.

Kejayaan pasukan Unai Emery itu digabungkan dengan kebangkitan Manchester City 4-2 ke atas Borussia Moenchengladbach yang meletakkan Sevilla di tangga ketiga dalam Kumpulan D dan tempat dalam persaingan yang mereka menangi dua tahun lalu.

Sementara itu, kekalahan Juventus bermakna mereka akan menghadapi pasukan seperti Bayern Munich, Barcelona atau Real Madrid dalam pusingan 16 terakhir selepas jatuh ke tangga kedua kumpulan itu.

Finalis yang dikalahkan musim lalu itu sekadar menggigit jari apabila terlepas beberapa peluang ketika mengalami kekalahan pertama dalam lapan perlawanan. Penjaga gol Sevilla, Sergio Rico mempamerkan persembahan menarik pada awal perlawanan untuk menepis keluar tandukan Stefano Sturaro.

Bagaimanapun, pada satu kedudukan, Gianluigi Buffon menunjukkan kemahirannya dengan usia ketika menyelamatkan percubaan Llorente dan Yevhen Konoplyanka.

Fernando Llorente meraikan jaringan semasa menentang Juventus di stadium Sanchez Pijuan, semalam. – Reuters
Fernando Llorente meraikan jaringan semasa menentang Juventus di stadium Sanchez Pijuan, semalam. – Reuters

Pemain antarabangsa Sepanyol Juventus, Alvaro Morata terlepas beberapa peluang pertama malam itu dalam kepulangannya ke Sepanyol apabila sepakannya tersasar setelah Paulo Dybala jatuh. Dan Rico sekali lagi berdiri untuk mengeluarkan sepakan percuma Dybala sebelum separuh masa pertama berakhir.

Sevilla bermula dengan lebih kuat selepas rehat dan usaha mereka membuahkan hasil 25 minit sebelum tamat apabila Llorente memasukkan sepakan Konoplyanka untuk gol keempatnya sejak meninggalkan Juventus Ogos lalu. Tuan rumah kemudian terpaksa bertahan dengan kebangkitan Juventus 10 minit terakhir dengan Dybala menggegarkan palang, sementara Rico menghasilkan satu lagi penyelamat menarik apabila menyelamatkan rembatan Paul Pogba.

Pasukan pelawat memiliki satu peluang pada masa penamat, tetapi Morata sekali lagi gagal menemui sasaran ketika peluang mereka untuk menghindarkan elit Eropah dalam undian peringkat kalah mati Isnin ini terlepas. – AFP