Llorente sedia sertai Sevilla FC

Llorente sedia sertai Sevilla FC

SEVILLE, Sepanyol, 27 Ogos (AFP) – Penyerang Juventus Fernando Llorente bersedia untuk menyertai juara Liga Europa, Sevilla bersama rakan sepasukan Mauricio Isla yang juga dalam laluan ke kelab dari Sepanyol itu, demikian diumumkan semalam.

Juventus menandatangani Llorente – penjaring tujuh gol dalam 24 kemunculan bagi pasukan Sepanyol dan pemain pasukan yang memenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 – menerusi perpindahan percuma dari Athletic Bilbao dua tahun lalu tetapi penyerang itu sekarang memiliki kelebihan yang diperlukan di Turin dan Juve memutuskan untuk menguruskan perpindahannya bersama Sevilla yang mengesahkan persetujuan itu semalam.

Laman sesawang Gazzetta dello Sports sebelum ini berkata, juara dari Itali itu akan mendapatkan semula 7 juta euro (AS$10 juta) termasuk bonus yang berhubung kait dengan persembahan pemain dari Sepanyol berusia 30 tahun itu yang akan menandatangani persetujuan kekal bersama pasukan Unai Emery dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain antarabangsa Colombia Carlos Bacca yang pergi ke AC Milan.

Midfield antarabangsa Chile, Isla, yang kali terakhir dalam pinjaman ke Queens Park Rangers, juga dilaporkan menjadi sebahagian daripada persetujuan Juventus-Sevilla. Juventus menyaksikan perpindahan pemain selepas kekalahan Liga Juara–Juara kepada Barcelona Mei lalu.

Fernando Llorente kembali semula ke La Liga Sepanyol dengan bayaran perpindahan tujuh juta euro. - Reuters
Fernando Llorente kembali semula ke La Liga Sepanyol dengan bayaran perpindahan tujuh juta euro. – Reuters

Penyerang Carlos Tevez (Boca Juniors) dan midfield Arturo Vidal (Bayern Munich), Andrea Pirlo (New York City FC) dan Simone Pepe (Chievo) adalah antara beberapa pemain yang meninggalkan kelab itu.

Tetapi pasukan Old Lady telah mengisi kekosongan itu dan dikatakan mempunyai akses kepada Mario Mandzukic (Atletico Madrid) dan Paulo Dybala (Palermo) pada musim panas ini, dengan pemain antarabangsa Sepanyol Alvaro Morata dan pemain muda Perancis Kingsley Coman sudah berada dalam buku mereka.

Jurulatih Massimiliano Allegri mengalu–alukan tujuh muka baru yang berjaya ditandatanganinya di luar musim termasuk midfield antarabangsa Jerman Sami Khedira (Real Madrid), pertahanan Brazil, Alex Sandro (FC Porto) dan penyerang Chelsea Juan Cuadrado, yang melengkapkan perpindangan sepanjang musim dari juara Inggeris itu Selasa lalu.

ARTIKEL YANG SAMA