Llorente sertai Swansea

Llorente sertai Swansea

SWANSEA, 7 Ogos – Penyerang Sepanyol, Fernando Llorente yang turut berada dalam skuad itu ketika menjuarai Piala Dunia 2010 menandatangani kontrak bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Swansea City daripada Sevilla, baru-baru ini.

Pemain berusia 31 tahun itu – yang hanya membuat penampilan pada kempen Piala Dunia 2010 dibawa masuk sebagai pemain gantian ketika menewaskan Portugal dalam pusingan 16 terbaik – menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Swansea selepas lulus ujian kesihatan. Swansea dilapor membayar 5 juta pound kepada Sevilla.

Llorente yang dikenali dengan gelaran ‘Lion King’ memenangi dua kejuaraan Serie A bersama Juventus selain Piala Itali selepas menyertai kelab itu dari Athletic Bilbao yang menyaksikan dia mara ke final Liga Europa dan dua kali menjuarai Piala Sepanyol.

Penyerang yang menjaringkan tujuh gol dalam 24 penampilan antarabangsa itu, berkata keputusannya berpindah ke Swansea adalah disebabkan dia minat untuk bekerjasama dengan pengurus dari Itali, Francesco Guidolin.

“Dia seorang jurulatih yang baik dan saya gembira dapat bekerjasama dengan dia. Saya mengenalinya ketika saya bermain di Itali.

“Dia jurulatih berpengalaman dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik bersama setiap kelab dibimbingnya,” kata Llorente. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA