Lochte kena gam 10 bulan

Lochte kena gam 10 bulan

LOS ANGELES, 8 Sept – Perenang AS Ryan Lochte menerima penggantungan selama 10 bulan berikutan cerita palsunya dirompak ketika bersiar-siar pada waktu malam di Olimpik Rio, kata dua laporan media yang berbeza semalam.

Lochte, 32, digantung sehingga pertengahan 2017 akhbat USA Today melaporkan yang memetik seseorang yang mengetahui kedudukan tersebut. Dia juga dilarang menyertai Kejohanan Dunia di Budapest tahun depan.

Jurucakap Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat (USOC) enggan mengesahkan laporan itu apabila dihubungi oleh AFP bagi mendapatkan ulasan. USA Today berkata dalam satu kenyataan mengesahkan penggantungan itu akan dikeluarkan hari ini.

Penggantungan Lochte itu adalah yang pertama dilaporkan oleh laman sesawang hiburan TMZ.com. Laman itu berkata tiga perenang lain terlibat dalam perbuatan nakal itu digantung sehingga empat bulan.

Lochte, pemenang pingat Olimpik sebanyak 12 kali, kehilangan persetujuan penaja berikutan kejadian di Rio itu.

Lochte dilaporkan mendapat penggantungan 10 bulan kerana membuat laporan palsu semasa di Rio. – AP
Lochte dilaporkan mendapat penggantungan 10 bulan kerana membuat laporan palsu semasa di Rio. – AP

Dia didakwa oleh polis Brazil bulan lalu kerana membuat laporan palsu dia dirompak menggunakan senjata ketika malam. Lochte sudah meninggalkan negara itu ketika dakwaan difailkan.

Pemenang pingat emas Olimpik itu memberitahu media di Rio bahawa dia dan tiga rakannya terjejas selepas parti sepanjang malam oleh perompak yang berpura-pura menjadi polis.

Cerita itu memalukan tuan rumah Brazil bagi Sukan itu dan kemudian Lochte dari Pasukan AS, selepas polis menyatakan dia mereka-reka ceritanya.

Lochte, yang sekarang berusaha untuk memulihkan imejnya dengan kemunculan dalam persembahan realiti ‘Dancing With the Stars” memohon maaf bagi sikapnya itu. – AFP