Loew bimbang tonggak Jerman cedera

Loew bimbang tonggak Jerman cedera

BERLIN, 19 April (AFP) – Jurulatih Jerman, Joachim Loew mengakui betapa dia bimbang dengan senarai kecederaan yang panjang dalam skuad juara dunia itu.

Hanya tinggal lapan minggu sebelum bermula kejohanan Euro 2016 di Perancis, Loew berharap dia mampu untuk mendapatkan beberapa tonggak penting.

“Dengan Bastian Schweinsteiger, Julian Draxler, Emre Can, Jerome Boateng dan Benedikt Hoewedes, lima pemain itu mampu memainkan peranan penting buat skuadnya.

“Saya akui bimbang dengan senarai kecederaan,” kata Loew kepada Sky ketika Anugerah Sukan Dunia Laureas di Berlin, malam tadi.

“Anda sentiasa berdepan masalah untuk menghadapi setiap kejohanan. Pada tahun 2014, Sami Khedira dan Bastian Schweinsteiger cedera tetapi kami berjaya mengatasinya.

Joachim Loew bimbang dengan senarai kecederaan pasukannya menjelang Euro 2016. – AFP
Joachim Loew bimbang dengan senarai kecederaan pasukannya menjelang Euro 2016. – AFP

“Tapi sudah tentu sekarang saya berharap mereka semua akan kekal cergas dan kecederaan mereka tidak akan kembali,” kata Loew lagi.

Tonggak Manchester United, Schweinsteiger mengalami kecederaan lutut sejak 23 Mac, bagaimanapun dia tetap berlatih bersama pasukan kebangsaan dan penyertaannya ke Euro 2016 masih diragui.

Penyerang tengah Wolfsburg, Draxler mengalami kecederaan otot terkoyak di bahagian kaki minggu lalu ketika aksi suku akhir Liga Juara-Juara yang menyaksikan mereka tewas kepada Real Madrid, juga mungkin terlepas kejohanan Euro 2016.

Can pula cedera ligamen buku lali ketika membantu Liverpool meraih kemenangan 4-3 ke atas Borussia Dortmund dalam perlawanan Liga Europa, Jumaat lalu tetapi pertahanan tengah Jerome Boateng dan Benedikt Hoewedes semakin pulih daripada kecederaan.

ARTIKEL YANG SAMA