Loew intai pemain muda

Loew intai pemain muda

BERLIN, 30 Ogos – Jurulatih Jerman Joachim Loew menyasarkan beberapa pemain muda untuk Piala Konfederasi tahun depan dengan hasrat untuk mempertahankan Piala Dunia pada 2018.

“Saya ingin menggunakan Piala Konfederasi sebagai kejohanan masa depan,” kata Loew, membayangkan beberapa pemain senior akan direhatkan.

“Untuk Piala Konfederasi, tidak semua pemain kami bersedia. Sebab itu saya melihat kejohanan itu berdasarkan masa akan datang di mana saya akan membawa masuk pemain muda.”

Loew telah membawa masuk tiga pemain tidak berpengalaman yang tewas kepada Brazil menerusi sepakan penalti pada final Sukan Olimpik Rio untuk aksi persahabatan menentang Finland esok dan kelayakan Piala Dunia menentang Norway di Oslo, Ahad ini.

Loew bercakap kepada media di Duesseldorf, Jerman menjelang aksi persahabatan menentang Finland. – AP
Loew bercakap kepada media di Duesseldorf, Jerman menjelang aksi persahabatan menentang Finland. – AP

Penyerang midfield Julian Brandt (Bayer Leverkusen) dan Max Meyer (Schalke 04) dan pertahanan Hoffenheim Niklas Suele pasti akan mempunyai peluang untuk bermain esok, kata Loew.

Perlawanan menentang Finland di Moenchengladbach akan menjadi aksi ke-121 dan terakhir pemain pinggiran Manchester United Bastian Schweinsteiger untuk die Mannschaft.

Untuk itu, Schweinsteiger akan menjadi kapten pasukan menentang Finland, dan Loew berkata beliau akan menamakan ketuka pasukan untuk Norway Khamis ini selepas penjaga gol Manuel Neuer memakai lilitan lengan kapten pada kejohanan Eropah. – AFP