Loew kaji semula kekalahan Jerman

Loew kaji semula kekalahan Jerman

MARSEILLE, 8 Julai – Juara dunia, Jerman terbang pulang dari Euro 2016 semalam dan mencari penyebab bagaimana Die Mannschaft terlepas peluang untuk menambah gelaran Eropah selepas kekalahan 2-0 separuh akhir ke Perancis.

Jaringan berganda Antoine Griezmann di Marseille mengesahkan kemenangan berhak kepada Perancis untuk menghantar mereka ke perlawanan akhir menentang Portugal dan membawa Jerman pulang.

“Perancis telah memperoleh hak untuk berada di final dan saya berfikir bahawa Perancis akan menang ke atas Portugal,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

“Saya fikir Perancis adalah baik, tetapi kami lebih baik.”

Walau bagaimanapun, keputusan perlawanan tersebut bercanggah dengan penilaian Loew di mana beliau mula mencari penyebab dalam kekalahan mereka.

“Perancis sepenuhnya berhak untuk menang,” bekas ketua pasukan Michael Ballack memberitahu harian Jerman, Bild.

Joachim Loew ketika dalam perjalanan pulang bersama pasukannya selepas tewas dalam perlawanan menentang Perancis semalam. - AP
Joachim Loew ketika dalam perjalanan pulang bersama pasukannya selepas tewas dalam perlawanan menentang Perancis semalam. – AP

Lothar Matthaeus, pemain Jerman, mengkritik Loew kerana menukar sistemnya sekali lagi, “ia mewujudkan ketidakpastian”.

Jerman kembali kepada pembentukan standard 4-2-3-1 mereka menentang Perancis dan telah bermain dengan strategi back-three menentang Itali di suku akhir.

Selepas pusingan akhir Kejohanan Eropah tersebut, Loew meraikan ulang tahun sedekadnya mengurus pasukan itu dan sepanjang pengawasannya, mereka telah mencapai sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir daripada enam kejohanan utama terakhir. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA