Loew melihat Perancis sebagai pasukan bahaya

Loew melihat Perancis sebagai pasukan bahaya

BERLIN, 7 Jun – Jurulatih Jerman, Joachim Loew melihat tuan rumah Perancis sebagai salah satu pasukan kegemaran untuk memenangi Euro 2016, beliau memberitahu dpa dalam satu temu bual bahawa kelebihan beraksi di tempat sendiri akan membantu menggerakkan Les Bleus ke gelaran tersebut.

Loews menggariskan keadaan selari dengan Piala Dunia 2006 di Jerman, apabila dia menjadi pembantu jurulatih bagi pasukan Jerman yang melalui kegembiraan untuk mara ke separuh akhir.

“Perancis bagi saya adalah salah sebuah pasukan pilihan bagi menjulang gelaran itu,” katanya dalam temu bual sebelum skuad berlepas semalam bagi menuju pangkalan mereka di Evian-les Bains.

Perancis sebagai tuan rumah berada di bawah tekanan tetapi akan diinspirasikan oleh penyokong tuan rumah, kata Loew, yang juga pembantu kepada Juergen Klinsmann pada Piala Dunia 2006 apabila Jerman tersingkir kepada Itali pada masa tambahan dalam empat persaingan kelompok terakhir.

Joachim Loew ketika perlawanan persahabatan Jerman baru-baru ini. – AFP
Joachim Loew ketika perlawanan persahabatan Jerman baru-baru ini. – AFP

“Mungkin perkara yang sama akan berlaku seperti Piala Dunia 2006, jadi selepas perlawanan pertama kegembiraan dan peningkatan tenaga yang boleh meningkatkan pasukan sepanjang perlawanan,” katanya.

Loew juga mengingati perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 di Brazil, apabila Jerman memenangi perlawanan menentang Les Bleus 1-0.

“Ia juga perlawanan yang kami menangi daripada persembahan menarik. Perancis setara dengan kami dan mempunyai perkembangan sejak dua tahun lalu,” katanya.

Di antara pasukan pilihan, Loew juga menamakan juara Eropah, Sepanyol dan Belgium. Itali seharusnya tidak dipandang remeh dan England adalah “lebih kuat” berbanding kejohanan sebelumnya. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA