Loew tagih ‘risikan’ Khedira

Loew tagih ‘risikan’ Khedira

EVIAN, Perancis, 29 Jun (AFP) – Jurulatih Jerman Joachim Loew berkata dia akan mengalihkan tumpuan kepada midfield Juventus Sami Khedira untuk maklumat berharga menjelang pertemuan suku akhir Euro 2016 menentang Azzurri, Sabtu ini.

Khedira menyertai gergasi Turin itu Julai lalu selepas berpindah ke kelab Serie A dari Real Madrid dan sebahagian daripada rakan sepasukannya akan berada di Bordeaux bersama pasukan Itali.

Pertahanan Jerman berusia 29 tahun itu juga akan memberikan Loew beberapa pandangan penting dalam pertahanan pasukan Itali.

Tiga pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini, Andrea Barzagli dan Leonardo Bonucci termasuk penjaga gol legenda Gianluigi Buffon, adalah teras pertahanan Azzurri.

“Saya akan bercakap kepada Sami, dia penting kerana dia tahu banyak mengenai Serie A,” kata Loew menjelang pertemuan lapan kelompok terakhir Kejohanan Eropah.

Khedira dan Boateng bertegang leher dengan pengadil Szymon Marciniak dari Poland semasa menentang Slovakia di Lile, 26 Jun lalu. – AFP
Khedira dan Boateng bertegang leher dengan pengadil Szymon Marciniak dari Poland semasa menentang Slovakia di Lile, 26 Jun lalu. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Dia akan memberikan saya beberapa maklumat yang tidak saya miliki. Dia tahu apa yang mereka suka selepas melihat mereka setiap hari dalam latihan. Bagaimana reaksi mereka di bawah tekanan dan perkara seperti itu. Sami seorang yang bijak dan pintar. Dia melaksanakan tugasan yang diberikan kepadanya.”

Loew memerlukan semua maklumat yang boleh diperoleh ketika Jerman berusaha untuk mencatatkan sejarah dalam percubaan mereka menewaskan Itali untuk berdepan Perancis atau Iceland pada separuh akhir.

Dalam lapan pertemuan mereka sebelum ini, Jerman tidak pernah menewaskan Itali dalam perlawanan akhir.