Lof perkenal roti perisa baru

Lof perkenal roti perisa baru

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Lof Bakery memperkenalkan empat lagi barisan roti terbarunya untuk mempelbagaikan pilihan bagi minuman pagi dan petang atau bila-bila masa sahaja khusus bagi pelanggannya.

Roti yang diperkenalkan termasuklah dua jenis roti keping berperisa lobak dan kismis, karamel kismis dan roti Tiramisu Mexico disaluti keju dan kopi diimport dari Mexico, roti piza disaluti keju dan daging Peperoni, roti Japanese Star yang mengandungi cebisan ayam, telur, keju, brokoli, tomato dan kulat, sementara roti Chicken Salami pula berisikan Salami ayam dan krim keju.

Lof juga mengadakan promosi bermula 19-25 Oktober ini bagi pembelian mana-mana roti yang baru diperkenalkan ini, pelanggan mendapat roti piza keju Peperoni secara percuma.

Bagi cawangannya di Kuala Belait, barisan roti baru ini hanya boleh didapati di cawangan itu bermula bulan depan.

Barisan roti baru Lof.
Barisan roti baru Lof.

ARTIKEL YANG SAMA