Loftus-Cheek mampu beri Chelsea impak – Cahill

Loftus-Cheek mampu beri Chelsea impak – Cahill

LONDON, 12 Jan (AFP) – Pemain pertahanan tengah Chelsea, Gary Cahill, percaya Ruben Loftus-Cheek kini sudah bersedia untuk membarisi kesebelasan utama selepas menyumbat gol pertamanya untuk Chelsea ketika membenam Scunthorpe dalam aksi pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.

Loftus-Cheek berharap usaha yang ditunjukkan selaku pemain simpanan pada aksi terbabit sudah cukup meyakinkan pengendali sementara Chelsea, Guus Hiddink, untuk memberinya peluang bermain dalam kesebelasan utama menentang West Bromwich Albion, esok.

Selain itu, Cahill turut percaya Loftus-Cheek mampu memberi impak yang sama seperti apa yang dilakukan Delle Alli di Tottenham Hotspurs musim ini.

“Saya gembira melihat persembahannya, dia perlu bersabar dan bekerja keras pada sesi latihan. Dia sedikit terburu-buru tetapi saya memahami keinginannya untuk bermain.

“Dia memberikan sehabis baik ketika mendapat peluang untuk bermain dengan menunjukkan persembahan yang hebat.

Loftus-Cheek kuasa baru dalam kebangkitan Chelsea. – Reuters
Loftus-Cheek kuasa baru dalam kebangkitan Chelsea. – Reuters

“Sebagai pemain muda, anda hanya mahu tunjukkan yang terbaik, lebih lebih lagi di hadapan penyokong di laman sendiri.

“Sebagai pemain muda, pastinya anda tidak memiliki banyak peluang untuk bermain, jadi saya gembira apabila dia mengambil peluang untuk bermain dengan baik bagi menunjukkan kebolehannya kepada jurulatih.

“Pada pandangan saya, dia memiliki pakej untuk menjadi pemain berkelas dunia.

“Jika Delle Ali mampu melakukannya, jadi kenapa dia tidak?,” katanya kepada laman web rasmi pasukan Chelsea, semalam.

ARTIKEL YANG SAMA