Logistik Vietnam tumbuh pesat

Logistik Vietnam tumbuh pesat

HANOI, 18 Dis (Reuters) – Vietnam boleh menjangka pertumbuhan pesat dalam industri logistik, dirangsang oleh keadaan melambung import-eksport daripada perjanjian perdagangan berbilang pihak baru dan pertambahan dalam perbelanjaan runcit dan e-dagangan domestik.

Sektor logistiknya mungkin bertumbuh 20-24 peratus pada tahun ini, dengan 70 peratus daripada 1,300 firma dijangka memperolehi keuntungan, menurut data industri.

Pertumbuhan tersebut dijangka dicatat selepas perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah dan Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) pimpinan Amerika Syarikat (AS), yang sedang menyalurkan pelaburan asing yang banyak ke dalam kilang.

Dua minggu selepas pemeteraian TPP pada Oktober, blok 12 negara yang merangkumi 40 peratus daripada ekonomi global, ekuiti logistik meningkat di Vietnam.

Saham firma perkapalan Gemadept Corp meningkat 28 peratus, dan Viconship naik 20 peratus.

Seorang pekerja berjalan keluar dari pejabat pos (kiri) berhampiran pejabat cawangan DHL di Hanoi, Vietnam pada 17 Disember. Vietnam boleh menjangkakan pertumbuhan pesat dalam industri logistiknya yang berkembang pantas. – Reuters
Seorang pekerja berjalan keluar dari pejabat pos (kiri) berhampiran pejabat cawangan DHL di Hanoi, Vietnam pada 17 Disember. Vietnam boleh menjangkakan pertumbuhan pesat dalam industri logistiknya yang berkembang pantas. – Reuters

Perniagaan yang meningkat akan merangsang firma perkapalan, kargo kereta api dan pengangkutan, yang telah pun menerima faedah daripada e-dagangan yang melambung di Vietnam.

Jumlah kontena di dalam dan luar negara telah bertambah sebanyak 36 peratus sejak 2011, termasuk kira-kira 1,700 kontena sehari ke Amerika Syarikat.

DHL Express, syarikat logistik antarabangsa pertama yang pertama menubuhkan kedai di Vietnam, berkata negara itu adalah salah satu pasaran yang berkembang paling pesat di Asia Pasifik.

Ia dibantu oleh e-dagangan dan peningkatan pengeluaran elektronik, terutamanya telefon pintar dan televisyen, untuk jenama seperti Samsung, LG, Intel, Panasonic, Toshiba dan Sony, yang mewakili peluang besar untuk pasaran logistik di Vietnam, kata seorang jurucakap untuk syarikat penyerahan bungkusan UPS.

Firma domestik perlu melakukan lebih banyak untuk berkembang maju, dengan rangkaian bekalan terutamanya lemah dan kos logistik bersamaan dengan satu perlima daripada KDNK, lebih tinggi daripada purata global.

Mereka juga menghadapi persaingan daripada pelabur asing, yang menguasai sektor. “Firma tempatan perlu melabur lebih banyak dalam kemudahan dan modal manusia untuk menambah kapasiti mereka,” kata Do Xuan Quang, naib presiden Persatuan Logistik Vietnam. “JIka tidak, mereka tidak dapat bersaing dengan pelabur asing.”

ARTIKEL YANG SAMA