Logo Olimpik Tokyo 2022 cetus kehairanan

Logo Olimpik Tokyo 2022 cetus kehairanan

TOKYO, 30 Julai (AFP) – Logo Olimpik Tokyo 2020 mencetuskan kehairanan di Eropah kerana mirip lepada logo teater Belgium dan pemisah Sepanyol.

Dalam tamparan hubungan awam terbaru kepada Tokyo selepas rancangan stadium Olimpik bernilai AS$2 bilion terbengkalai, pereka yang berpangkalan di Belgium membawanya ke media sosial sehingga memberikan kejutan kerana kemiripan logo–logo terbabit.

“Kejutan apabila anda tahu logo Liege Theatre kerap dikongsikan dalam Pinterest,” tulis Studio Debie dalam laman Facebook. “Walaupun tipografi adalah sama.”

Penganjur Olimpik Tokyo hari ini mempertahankan rekaan itu. “Logo rasmi Sukan Olimpik 2020 Tokyo menggambarkan intipati visi kami bagi Sukan 2020,” kata mereka dalam kenyataan. “Ia akan mewakili Sukan pada peringkat dunia.

“Menjelang pemilihan rekaan ini, Jawatankuasa Penganjuran 2020 Tokyo telah lama membuat pengesahan menyeluruh dan antarabangsa melalui proses yang telus.”

Gambar yang diambil pada 24 Julai 2015 menunjukkan pelontar tukul besi Koji Murofoshi (dua kanan) dan para atlet muda menghadiri majlis pelancaran logo baru Olimpik Tokyo dan Sukan Paralimpik di Dewan Bandaraya Tokyo. – AFP
Gambar yang diambil pada 24 Julai 2015 menunjukkan pelontar tukul besi Koji Murofoshi (dua kanan) dan para atlet muda menghadiri majlis pelancaran logo baru Olimpik Tokyo dan Sukan Paralimpik di Dewan Bandaraya Tokyo. – AFP

Sebelum ini, jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suge enggan membuat ulasan rasmi sambil menegaskan pegawai–pegawai telah lama mengamalkan kerja keras sebelum mendedahkan logo itu minggu lalu.

“Kami sedar dengan laporan bahawa logo Sukan Olimpik 2020 serupa dengan teater Belgium,” dia memberitahu wartawan.

“Sebelum mendedahkannya, kami menerima laporan bahawa tiada masalah mengenai ciri utama itu berikutan penyiasatan di Jepun dan luar negara.”

Logo Tokyo 2020, yang didedahkan minggu lalu, berdasarkan sekitar huruf ‘T’ – bagi Tokyo, esok (tommorow) dan pasukan (team) dengan lingkaran merah mewakili degupan jantung. Ia direka oleh artis Jepun Kenjiro Sano.

ARTIKEL YANG SAMA