Loji arang batu cukup bekalkan air 1 bilion penduduk

Loji arang batu cukup bekalkan air 1 bilion penduduk

HONG KONG, 22 Mac – Kilang arang batu sedang menjejaskan bekalan air global yang telahpun berkurangan, Greenpeace mengingatkan hari ini, menggunakan sekadar yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas satu billion penduduk dan memburukkan lagi krisis di seluruh dunia.

Mengumumkan kajian kilang-demi-kilang global pertamanya, Greenpeace berkata penggunaan tenaga arang batu yang bertambah dengan kilang yang baru dibina, sekaligus menimbulkan ‘tekanan besar’ ke atas lembangan sungai utama di dunia dan mengancam komuniti.

Dalam laporan ‘Perebutan Air Penting: Bagaimana Industri Arang Batu Memburukkan Lagi Krisis Air Global’, dikeluarkan di Hong Kong, kumpulan aktivis alam sekitar menggesa kerajaan supaya berhenti bergantung pada arang batu, sumber elektrik dan pencemar utama.

Ia memaparkan negara besar Asia China dan India sebagai pelopor perjuangan dengan penggunaan arang batu mereka yang banyak. Kilang arang batu menggunakan air pada hampir setiap proses, daripada perlombongan dan pembersihan arang batu kepada rawatan bahan buangan pembakaran, kata laporan.

“Dengan memilih untuk meneruskan pelaburan besar dalam arang batu untuk menjana ekonomi mereka untuk beberapa dekad akan datang, kerajaan akan mendesak dunia melancarkan usaha lebih terdesak untuk mendapatkan sumber air yang berkurangan,” kata laporan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA