Loji Biomax Fuels dijilat api

Loji Biomax Fuels dijilat api

HYDERABAD, India, 27 April – Sebuah loji pengilangan bio bahan api dijilat api di selatan India sehingga mencetuskan letupan dalam tangki-tangki bio diesel dan memaksa sekitar 150 pekerja melarikan diri daripada kemudahan itu, menurut pegawai hari ini.

Ketika api marak dan kepulan asap besar memenuhi ruang udara, berpuluh anggota bomba laut menyertai pihak berkuasa awam untuk cuba memadam kebakaran, yang bermula malam semalam, kata seorang pegawai tentera laut India, Rahesh Shetty.

Shetty mengatakan kebakaran berjaya dikawal, namun ia mengambil masa beberapa jam untuk dipadamkan.

Pentadbiran awam, Yuva Raj, mengatakan enam tangki minyak bio diesel yang dijilat api telah terbakar hangus, namun enam yang lain masih lagi terbakar di kilang Biomax Fuels Ltd berhampiran Vishakhapatnam, sebuah bandar pelabuhan di negeri Andhra Pradesh.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencegah api itu daripada merebak ke enam tangki bio diesel lain di loji tersebut, yang terletak kira-kira 750km timur laut Hyderabad, bandar negeri, kata Raj.

Raj mengatakan tidak ada yang cedera telah dilaporkan. Punca kebakaran belum lagi diketahui. – AP

ARTIKEL YANG SAMA