Loji kimia Taiwan terbakar

Loji kimia Taiwan terbakar

TAIPEI, 1 Februari – Dua orang telah dimasukkan ke hospital, seorang dikatakan tidak lagi bernyawa selepas sebuah kilang kimia terbakar di Taichung tengah Taiwan pada pagi Isnin.

Letupan kedengaran di sekitar 05:51 pagi, menurut laman web akhbar tempatan China Times, dan gambar di laman sosial menunjukkan api dan asap tebal di temapt kejadian.

Kilang itu melaporkan dua orang hilang. Polis tempatan tiba tidak lama selepas api mula marak dan mendapati dua orang telah dimasukkan ke hospital, namun ia tidak diketahui jika mereka adalah dua yang sama yang dilaporkan hilang oleh kilang kimia tersebut. – NNN

Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di Taichung, Taiwan.
Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di Taichung, Taiwan.

ARTIKEL YANG SAMA