Loji minyak Mexico meletup

Loji minyak Mexico meletup

BANDAR RAYA MEXICO, 21 April – Satu letupan besar di sebuah loji minyak di tenggara Mexico mengorbankan sekurang-kurangnya tiga pekerja, mencederakan 30 yang lain dan mencetuskan pengosongan kawasan itu hari ini, menurut syarikat tenaga kerajaan, Pemex.

Kepulan asap kelabu kelihatan dari loji yang dikenali sebagai Pajaritos, di bandar Coatzacoalcos. Letupan itu dapat dirasakan sehingga sejauh 10 kilometer, sekali gus memaksa sekolah dan perniagaan berhampiran dikosongkan.

Punca letupan di Petroquimica Mexicana de Vinilo (PMV) masih tidak diketahui.

Gabenor negeri Veracruz, Javier Duarte memaklumkan stesen televisyen Milenio bahawa letupan itu mengorbankan tiga orang di kilang. Selain itu, 58 orang turut cedera menurut daripada Pemex.

Duarte bergegas ke tempat kejadian dengan apa yang dia katakan adalah “letupan yang sangat kuat,” di mana anggota bomba dapat mengawal kebakaran tersebut.

Gambar yang diambil dari rakaman video menunjukkan kepulan asap yang besar terlihat dari kilang syarikat minyak Negeri Mexico Petroleos Mexicanos’ selepas letupan di Coatzacoalcos, Mexico, pada Rabu lalu. – AP
Gambar yang diambil dari rakaman video menunjukkan kepulan asap yang besar terlihat dari kilang syarikat minyak Negeri Mexico Petroleos Mexicanos’ selepas letupan di Coatzacoalcos, Mexico, pada Rabu lalu. – AP

Orang yang tinggal di kawasan itu diseru agar berada dalam rumah sehingga “kepulan awan yang mempunyai bahan kimia” itu lesap , kata Duarte.

Sekolah-sekolah di Coatzacoalcos dan lima kawasan komuniti berdekatan ditutup.

Presiden Enrique Pena Nieto berkata dalam Twitternya bahawa kerajaan akan membantu “pekerja yang terjejas dan jiran-jiran yang berada di kawasan itu.” Kebakaran kemudahan minyak di Mexico sering berlaku.

Pada bulan Februari, dua orang terbunuh dan sekurang-kurangnya tujuh cedera dalam kebakaran di sebuah pelantar minyak Pemex di luar pantai Campeche, juga di bahagian tenggara.

Pemex menyediakan satu perlima daripada pendapatan kerajaan Mexico tetapi telah mencatatkan kerugian besar di tengah-tengah kemerosotan harga minyak dan pengeluaran. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA