Loji nuklear tertua Jerman ditutup

Loji nuklear tertua Jerman ditutup

BERLIN, 29 Jun (Agensi) – Loji nuclear terlama Jerman telah ditutup, ia adalah sebahagian dari langkah yang dimulakan empat tahun lalu dalam usaha untuk menutup semua loji nuclear menjelang akhir tahun 2022.

Reaktor Grafenrheinfeld di selatan negeri Bavaria telah ditutup seperti djadualkan semalaman, pihak berkuasa dan pengendali E.ON berkata kelmarin.

Grafenheinfeld memulakan khidmatnya pada 1981. Ia merupakan reaktor pertama ditutup sejak Jerman menutup lapan tertua dari 17 reaktor nuklear sejak 2011, selepas bencana loji nuklear di Fukushima, Jepun.

Seterusnya yang akan ditutup adalah satu daripada dua reaktor di loji Gundremmingen di Bavaria, yang dijadualkan akan ditutup pada akhir tahun 2017. Selebihnya akan ditutup menjelang akhir tahun 2022.

Menteri alam sekitar Barbara Hendricks berkata penutupan Grafenrheinfeld adalah “isyarat yang dapat dilihat bahawa susur keluar nuklear bergerak ke hadapan.”

“Setiap loji kuasa nuklear yang ditutup mengurangkan risiko pembuangan yang berhubung dengan penggunaan loji-loji kuasa nuklear dan menggerakkan kita satu langkah ke hadapan dalam penyusunan semula bekalan tenaga kami,” katanya.

Jerman berhasrat untuk menjana 80 peratus kuasa elektriknya melalui sumber-sumber yang boleh diperbaharui menjelang 2050.

ARTIKEL YANG SAMA